Saturday, November 9, 2019

Tajuk 1: Mengurus Pembelajaran

1.0 PENGENALAN
Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam bidang pendidikan. Tahap pencapaian akademik para pelajar bergantung kepada bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Kualiti pendidikan pula bergantung kepada para pendidik. Pendidikan guru sangat menyumbang kepada pembangunan negara, kerana guru merupakan golongan yang mendidik generasi muda untuk membentuk sumber tenaga kerja yang sempurna. Guru juga merupakan tunjang kepada bidang pendidikan kerana mereka adalah golongan yang dapat merialisasikan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (Norfazila Binti Abdul Malik,2013).
Mengurus pembelajaran bukan sahaja perlu diuruskan oleh pelajar, malah ia lebih kepada peranan guru dalam menguruskan pembelajaran agar mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Hal ini termasuklah di dalam aspek kaedah mengajar, strategi mengurus pembelajaran yang efektif. Jika guru tidak mahir dalam mengurus pembelajaran, perkara ini memberi impak kepada pelajar.


2.0 LATAR BELAKANG
Mengurus dapat didefinisikan sebagai mengatur baik-baik supaya selamat dan lain-lain., mengatur, mengemas atau perbuatan menyelenggarakan supaya berjalan dengan lancar (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Pengurusan juga melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Menurut Murphy dan Alexander dalam (Suppiah Nachiappan, 2012) pula, pembelajaran adalah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep dan mengubah serta mengabaikan kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang berpotensi dalam sesuatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.  


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti kaedah pengurusan yang digunakan oleh guru di sekolah.
ii. Mengenal pasti aspek pembelajaran yang perlu diuruskan oleh guru.
iii. Mengenal pasti masalah atau cabaran yang dihadapi oleh guru semasa mengurus  pembelajaran.
iv. Mengenal pasti strategi menguruskan pembelajaran yang efektif.


4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

4.2 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai yang terletak di jalan lama Pekan Sungkai, Perak. Sekolah ini mempunyai satu sesi pembelajaran sahaja iaitu pagi.


4.3 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menumpukan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu pengetua sekolah. Tumpuan diberikan kepada pengetua SMK Sungkai yang mengajar dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah, strategi dan cabaran dalam mengurus pembelajaran.

4.4 Kaedah Kajian
Dalam kajian ini, analisis kuanlitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil daripada temu bual dan pemerhatian.


3.7) ANALISIS SWOT
Menurut Philip Kotler, analisis SWOT adalah evaluasi terhadap semua kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat pada individu atau organisasi. Selain itu, SWOT merupakan salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui keadaan sesebuah organisasi pada suatu ketika itu untuk bergerak ke hadapan dengan mempertimbangkan faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Komponen SWOT terbahagi kepada empat komponen utama iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Komponen utama iaitu kekuatan bermaksud setiap faktor atau keadaan positif yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Kesannya, ia memungkinkan organisasi tersebut berupaya terus meningkat, berkembang atau mencapai prestasi yang lebih baik.
Komponen kelemahan pula adalah setiap faktor atau keadaan negatif yang berpunca dari dalam organisasi tersebut lantaran menyebabkan organisasi tersebut mengalami kemerosotan atau halangan kepada pencapaian prestasi yang baik. komponen yang seterusnya iaitu peluang bermaksud faktor-faktor atau keadaan positif yang ada di luar organisasi yang memungkinkan organisasi tersebut memanfaatkan untuk meningkatkan perkembangan atau pencapaian prestasi yang lebih baik. Seterusya, komponen SWOT yang terakhir adalah ancaman. Ancaman adalah faktor-faktor keadaan negatif yang ada di luar organisasi yang dapat mengakibatkan organisasi tersebut mengalami kemerosotan, kemunduran atau kegagalan mencapai prestasi yang sepatutnya.
Satu contoh analisis SWOT:
Kekuatan - Guru menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid di mana murid telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Kelemahan - Gaya belajar dan tahap pemahaman murid tidak sama.
Peluang –    guru: Guru dapat meningkatkan potensi murid.
– murid: Murid dapat belajar dengan seronok bersama rakan-rakan.
Ancaman – Murid yang lemah sukar memahami konsep yang disampaikan menerusi pembelajaran secara berkumpulan
Lantaran itu, setelah menjalankan proses PdPc menggunakan sesuatu kaedah dan juga strategi, guru perlu menjalankan analisis sama ada cara itu bersesuaian atau tidak kepada murid. Setelah itu, guru perlu membuat keputusan untuk meneruskan, membatalkan, bantuan atau kaji semula. Penggunaan sesuatu cara itu diteruskan sekiranya murid memberikan respon yang positif. Sekiranya murid tidak memberi respon seperti yang diharapkan, tindakan yang boleh diambil ialah mengkaji semula kaedah yang digunakan adakah ianya bersesuaian dengan murid. Justeru itu, guru boleh mendapatkan bantuan daripada orang lain seperti guru yang lebih pakar atau sebagainya bagi menambah baik kaedah itu. Sekiranya kaedah itu difikirkan tidak lagi relevan digunakan, guru harus membatalkan kaedah itu dan menggantikannya dengan kaedah lain yang lebih efektif.


3.8) RUMUSAN
Perancangan awal merupakan elemen paling penting dalam mengurus pembelajaran. Selain itu, untuk menghasilkan objektif pembelajaran, kesemua aspek pelajar dan juga persekitaran perlu diambil kira supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Gaya belajar dan latar belakang pelajar yang berbeza perlu diberi penekanan agar semua pelajar dapat menerima apa yang diajar.
Di samping itu, guru diharapkan dapat memikirkan kaedah yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas semasa proses PdPc. Kaedah yang digunakan perlulah bersesuaian dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, guru perlu menjalankan analisis setelah selesai proses PdPc bagi menilai semula kaedah yang dijalankan sama ada ianya patut diteruskan, dibaiki atau dibatalkan. Analisis yang telah digunakan dalam kajian ini adalah analisis SWOT yang lazimnya digunakan dalam sesuatu organisasi. Namun begitu, analisis SWOT dalam konteks pendidikan adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan guru dalam menggunakan kaedah serta strategi dalam mengurus pembelajaran dalam bilik darjah.


Rujukan:
Suppiah Nachiappan et al. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Saturday, October 26, 2019

PERJUANGAN

Kadang-kadang kita terpaksa
Korbankan keseronokan sementara
Korbankan masa dan tenaga
Untuk sebuah kejayaan
Yang kian lama diimpikan

Kala insan lain riang berfoya-foya
Ku tanamkan tekad
Agar tidak terus hanyut
Demi menggapai cita-cita ini

Harapnya pengorbanan ini tidak sia-sia
Kerna ku yakin
Tuhan itu Maha Adil
Setiap perih yang dilalui itu
Pasti ada hikmahnya

Tajuk 1: Mengurus Pembelajaran

1.0  PENGENALAN Pengurusan pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam bidang pendidikan. Tahap pencapaian akademik ...